PENGALAMAN PAHIT MENGENAI INSURANS?

Ceritakan apa yang berlaku dan bagaimana ianya ditangani oleh syarikat insurans dan ejen anda. Kami ingin mendengarkan kisah anda. Hantarkan kepada kami pengalaman anda dengan klik imej di atas atau emelkan kepada kami di stories@ibanding.my. Jika kisah anda dipilih anda akan dihadiahkan wang tunai RM100!

SIAPAKAH IBANDING?

iBanding ialah portal insurans bebas di Malaysia yang bertujuan mendidik dan memberi kesedaran tentang kepentingan insurans dan Takaful kepada orang ramai. iBanding adalah syarikat pertama di Malaysia yang menyediakan kemudahan direktori ejen insurans kepada pengguna Malaysia. Manakala iBantu, aplikasi mobil yang dikeluarkan oleh iBanding pula memudahkan pengguna untuk menguruskan segala keperluan insurans mereka.

MENGAPA KAMI INGIN MENDENGARKAN KISAH ANDA?

Kerana kami percaya bahawa pengguna Malaysia dapat mempelajari dari kisah pengalaman sebenar. Kita akui sahajalah, ramai yang tidak memiliki pengetahuan yang mendalam mengenai insurans. Jadi dengan berkongsi pengalaman anda bersama pembaca kami, kami berharap pengguna Malaysia dapat sedikit sebanyak menimba ilmu mengenai insurans dan Takaful. Tapi jangan khuatir, identity anda tidak akan kami siarkan.
Bagaimana akan kami gunakan kisah anda?
Kisah dan pengalaman yang dipilih akan disiarkan di laman web kami www.ibanding.my. Tetapi sebelum kami lakukannya, kami mungkin akan menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.

Terma dan Syarat

1. Terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 18 ke atas.

2. Ceritakan pengalaman pahit anda mengenai insurans dengan klik image di atas dan isikan maklumat dan pengalaman anda, atau hantarkan kisah anda ke stories@ibanding.my. Jangan lupa untuk memberitahu kepada kami:
– nama anda
– alamat emel
– jenis polisi
– kisah pengalaman anda

3. Anda boleh menulis di dalam Bahasa Malaysia or Bahasa Inggeris.

4. Dengan penyertaan anda, anda memberi hak kepada iBanding untuk edit, siarkan dan menggunakan kisah anda (atau sebahagian daripadanya) di dalam mana-mana media (samada cetak atau di talian).

5. iBanding mempunyai hak untuk edit, siarkan dan gunakan semua penyertaan (atau sebahagian daripadanya) ) di dalam mana-mana media (samada cetak atau di talian).

6. Dengan penyertaan anda, anda bersetujuan dengan segala terma dan syarat yang telah ditetapkan.

7. Penyerta yang dipilih mungkin dikehendaki memberi butir pengenalan untuk pengesahan sebelum mendapat hadiah wang tunai.

8. Keputusan iBanding adalah muktamad dan segala surat menyurat dan rayuan tidak akan dilayan.

9. Segala penyertaan akan dianggap penerimaan syarat dan terma secara menyeluruh.

10. iBanding mempunyai hak memindah terma dan syarat tanpa notis pada bila-bila masa sahaja.

11. Klik untuk Terma dan Syarat Am dan Notis Privasi.