Anugerah Insurans Motor Malaysia 2017

Anugerah Insurans Motor Malaysia 2017/18

Pencarian Syarikat Insurans dan Takaful Motor terbaik telah bermula!

Apa itu Anugerah Insurans Motor iBanding (MIA)?

Anugerah Insurans Motor (MIA) yang dianjurkan oleh iBanding adalah anugerah tahunan untuk mengenal pasti syarikat insurans dan takaful motor terbaik di Malaysia. Anugerah ini diumumkan bersama dengan kedudukan syarikat insurans and takaful motor yang menunjukkan kepuasan pengguna Malaysia terhadap syarikat insurans dan pengendali takaful kenderaan mereka. Tujuan anugerah ini adalah untuk memperkasa pengguna Malaysia dengan maklumat bebas dalam membantu mereka membuat keputusan berpandukan pengetahuan.

Bagaimana ia membantu anda sebagai pengguna?

Sudahkah anda tahu tentang Liberalisasi Tarif Insurans Motor? Ia bermula pada Julai 2017. Dengan perlaksanaannya, harga insurans kenderaan tidak lagi ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia tetapi oleh syarikat-syarikat insurans sendiri. Oleh itu, perbandingan harga adalah kritikal kepada pengguna dalam menentukan produk daripada syarikat manakah yang paling bersesuaian dengan keperluan dan bajet mereka. Kaji Selidik Syarikat Insurans Motor dapat menentukan syarikat mana yang memberikan perkhidmatan yang baik atau sebaliknya. iBanding akan mengumumkan syarikat yang terbaik daripada kaji selidik ini sebagai pemenang Anugerah Insurans Motor.

Bagi kaji selidik yang dijalankan pada tahun 2016, Allianz General Insurance adalah pemenang bagi insurans konvensional manakala Syarikat Takaful Malaysia pula memenangi anugerah bagi kategori takafulKik sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut keputusan 2016.

best motor insurance companies in Malaysia 2016
best motor takaful companies in Malaysia 2016

Astro Awani – What is the best insurance company in Malaysia?

Siapa yang boleh sertai?

Tinjauan ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, yang memiliki NRIC yang sah serta kenderaan yang mempunyai insurans atau takaful. Ketahui lebih lanjut Terma & Syarat di sini.

Mengapa anda perlu sertai kaji selidik ini?

Sekiranya anda memiliki kenderaan seperti kereta atau motorsikal dan anda memiliki insurans bagi kenderaan anda, semestinya anda mempunyai pengalaman peribadi, baik atau tidak, mengenai syarikat insurans anda. Anda boleh membuat pembezaan bagi pengguna lain dengan menyertai kaji selidik dan kongsi pengalaman anda dengan orang ramai. Apabila semua pemilik kenderaan menyertai kaji selidik ini, kami akan memperolehi keputusan yang lebih tepat. Suara anda adalah berharga!

Pemenang Kaji Selidik 2017/18 

Tinjauan Anugerah Insurans dan Takaful Kenderaan Terbaik tahunan yang ketiga sudahpun tamat dan kami telah mengenalpasti pemenang-pemenang utama yang memenangi iPhone 8 dari iBanding. Tahniah Peter dan Azhan! Kepada peserta lain, kita jumpa lagi di tahun hadapan dengan harapan banyak lagi hadiah yang lebih menarik!

peter iphone 8 winner

Pemenang Kaji Selidik 2016/17 

Kempen 2016 kami juga melibatkan peraduan di mana peserta dapat memenangi hadiah yang menarik. Hadiah seperti iPhone SE, alat eletronik dan banyak lagi ganjaran setiap minggu.
Klik  sini untuk mengetahui kempen dan pemenang 2016/17.

rsz_winners
Grand-prize-winner-Zubaida-iBanding

Jangan lupa untuk semak emel anda sekiranya anda adalah pemenang mingguan

Setiap hari Ahad kami membuat cabutan bertuah untuk pemenang mingguan yang akan memenangi kad Petronas bernilai RM50. Keputusan akan diumumkan pada hari Isnin keesokannya. Jadi jangan lupa untuk semak emel anda atau laman Facebook kami!

    • Minggu 1 – Amir (Shah Alam)
    • Minggu 2 – Catherine (Kuala Lumpur)
    • Minggu 3 – Juaynna (Kajang)
    • Minggu 4 – Hanis Najwa Noh (Johor Bahru)
    • Minggu 5 – Mohd Faisal (Batu Caves)
    • Minggu 6 – Kwan Dat Siong (Puchong)
    • Minggu 7 – Norizan Abu Samah (Kuala Lumpur)
    • Minggu 8 – Eng Siang (Kuala Lumpur)
    • Minggu 9 – Nurul Azwa (Rawang)
    • Minggu 10 – Syakira (Shah Alam)
    • Minggu 11 – Rahah Abdullah (Pahang)

Jangan tunggu lagi! Kaji selidik ini mengambil kurang dari 3 minit untuk disiapkan!