Institusi kewangan menghulurkan bantuan kepada pelanggan mangsa banjir

  • mangsa banjir
Kuala Lumpur, 5 Januari 2018 – Dengan keadaan banjir di sesetangah kawasan di negara ini yang masih berterusan dan jumlah mangsa yang semakin meningkat, beberapa pihak dari kumpulan institusi kewangan telah membuat keputusan untuk mengambil langkah bagi mambantu meringankan beban pelanggan mereka di kawasan terjejas.
Mernurut laporan Bernama, kumpulan itu terdiri daripada Persatuan Bank-bank dalam Malaysia, Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia, Persatuan​​​​​​​ Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia, Persatuan Insurans Hayat Malaysia, Persatuan Insurans Am Malaysia dan Persatuan Takaful Malaysia.

Dalam kenyataan oleh kumpulan institusi kewangan itu berkata, mereka akan terus menawarkan bantuan supaya perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di kawasan terjejas dapat beroperasi semula.

Langkah-langkah yang diambil termasuk:

  • Moratorium iaitu penangguhan bayaran bagi pembayaran semula pinjaman dan pembiayaan yang memenuhi kriteria, serta penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman/pembiayaan
  • Pengecualian bayaran bagi penggantian kad bayaran seperti kad Juruwang Automatik (ATM), kad kredit dan kad debit yang hilang dan rosak akibat banjir
  • Permohonan Skim Penyelesaian Hutang Kecil bagi PKS yang mengalami masalah kewangan (pembiayaan terjejas)
  • Proses tuntutan yang dipercepatkan dan lebih fleksibel bagi penyerahan dokumen berkaitan yang mungkin rosak
  • Pengecualian bayaran bagi penggantian polisi dan kad perubatan

Leave a Comment